HIDANGAN BELUT ATAU IKAN HARUAN TIDAK HANYIR
Ikan haruan sangat bagus khasiatnya untuk menyembuhkan luka dalaman terutamanya bagi wanita-wanita yang baru lepas melahirkan anak mahupun orang yang baru menjalani pembedahan. Menurut hasil penyelidikan, didapati dagingnya mengandungi asid Arachidonis yang
dikatakan mampu menyembuhkan luka dalaman dengan cepat malah kaya dengan kandungan protein serta asid amino yang diperlukan untuk pertumbuhan badan.
Walaubagaimanapun, ramai yang tidak dapat 'telan' kerana baunya yang agak hanyir. Bagi mengelakkan hidangan belut atau ikan haruan berbau hanyir, amalkan petua ini.
Sebelum memasak, rendamkannya ke dalam air basuhan beras untuk seketika. Kemudian, basuh dengan air bersih dan bilas sehingga hilang lendir pada ikan tersebut. Cara ini juga dapat melazatkan masakan anda.
No comments:
Post a Comment