SAMBAL IKAN BILIS TEMPOYAK

Salam semua.


Sejak saya berkahwin dengan suami yang berasal dari Raub Pahang, telah banyak masakan Pahang yang telah saya rasa dan menjadi kegemaran saya. Masakan ibu mertua saya sangat sedap dan suami selalu bercerita tentang keenakan masakan ibu dan ibu-ibu saudaranya. Antara masakan kegemarannya ialah sambal ikan bilis tempoyak. Cara memasaknya amatlah mudah. Dan bahan utamanya tentulah tempoyak!


BAHAN-BAHAN

Ikan bilis (dibersihkan dan digoreng garing)
Cili giling
Bawang besar dan seulas bawang putih (ditumbuk)
Bawang besar (untuk ditabur)
Air asam jawa
Tempoyak
Gula, Garam & Perasa


CARA-CARA

1. Goreng ikan bilis dulu, angkat dan ketepikan
2. Tumiskan bahan tumbuk sehingga garing 
3. Masukkan cili giling dan tumis hingga cili betul-betul masak.
4. Masukkan tempoyak, gula, garam, perasa, dan air asam.
5. Kacau lagi sampai kuahnya agak pekat
6. Taburkan bawang besar dan ikan bilis. Kacau lagi sampai masak.

SOTONG GORENG KUNYIT

Ini ialah resepi mudah untuk individu-individu yang sentiasa sibuk dan penggemar makanan laut, khususnya sotong.

BAHAN-BAHAN

Sotong (disiang dan dibasuh)Bawang putih, bawang besar, halia (ditumbuk)Cili merah (dipotong)Kunyit serbukAir asam jawaSebiji bwg besar utk hiasanSayur boleh letak carrot,kacang panjang dn kentangGaram dan perasa secukupnya

CARA-CARA

1. Tumis bahan-bahan tumbuk tadi sampai garing2. Masukkan sotong3. Gaulkan kunyit serbuk dengan air sedikit dan masukkan dalam periuk tadi4. Masukkan air asam, cili, bawang dan sayur-sayuran tadi5. Masukkan rasa asam garamnya

RESEPI IKAN PEKASAM


~ikan gelama mak ilai ilai, ikan gelama mak iloi iloi~


BAHAN-BAHAN
Ikan ikut suka (saya guna ikan gelama)
Asam keping
Garam kasar
Beras (basuh dan goreng tanpa minyak)
Sedikit gula merah (ikut citarasa masing-masing)

CARA-CARA
1. Bersihkan ikan, bubuh asam keping dan garam. Gaul rata.
2. Peram ikan selama 2 atau 3 hari. Boleh letak di luar atau di dalam peti ais.
3. Selepas itu, goreng beras hingga kekuningan.
4. Kisar beras tadi dan campur dengan sedikit gula merah dan air (sedikit).
5. Kacau biar rata dan gaulkan pada ikan yang telah diperam tadi.
6. Seterusnya simpan semula ikan dalam peti ais.
7. Tunggu hingga 3 atau seminggu bolehlah di goreng.

Selamat mencuba!



KENAPA SI DIA TIDAK SUKA GADIS PERAMAH

Bukan bermakna meraka sukakan gadis liar atau terlalu serius, tetapi menurut kajian terbaru yang dilakukan oleh University of Santa Barbara, lelaki tidak akan keluar berjanji temu dengan gadis yang 'terlebih' peramah atau terlalu baik dengan semua orang. Lelaki suka jika kamu memberi layanan istimewa kepada dirinya, teman-temannya dan kaum keluarga si dia. Namun jika kamu melayan semua orang dengan terlalu baik termasuk kawan lelakimu sehingga bermain tepuk tampar, itu tidak boleh diterima. Jadi berpada-padalah dalam pergaulan kamu ya!



SOTONG TAMPAK SEGAR SELEPAS DIMASAK



Sotong adalah makanan laut yang sedap dimakan jika dimasak sambal, lemak cili padi ataupun bergoreng. Namun bila dimasak, sotong selalunya akan kecut. Bagi mengelakkan sotong kecut, rendam sotong terlebih dahulu di dalam air bercampur cuka selama dua minit. Hasilnya sotong yang sudah dimasak akan menjadi lebih segar.


cuka