CENDAWAN TAHAN LAMA



Cendawan merupakan tumbuhan hebat. Ia amat mujarab untuk melawan virus dan mengekalkan imunisasi badan kita selain rasanya yang lazat.

Cendawan yang kita beli biasanya telah tersedia berbungkus plastik. Ia juga mudah busuk jika tidak disimpan dengan elok.

Bagi memastikan cendawan tahan lama, keluarkan cendawan daripada plastik dan juga elakkan terkena air. Kemudian bungkus cendawan dengan kertas surat khabar dan simpan semula di dalam peti sejuk. Cendawan boleh disimpan sehingga tujuh hari jika dibungkus dengan surat khabar berbanding plastik.

No comments:

Post a Comment